HUBUNGI AJK TABUNG PEMBANGUNAN MASJID SERI BAYU UNTUK SUMBANGAN KORPORAT

DANA PEMBINAAN MASJID al-muhsinin seri bayu

WAHAI DERMAWAN YANG BUDIMAN,
SUMBANGAN ANDA AMAT BERMAKNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para dermawan sekalian. Alhamdulillah anda tiba juga di laman sesawang rasmi Tabung Pembinaan Masjid Seri Bayu. Anda boleh membuat sumbangan seikhlas hati demi membantu kami mengumpul dana untuk membina Rumah Allah di kariah kami, insya-Allah. 

Surau sedia ada hanya mampu menampung sehingga 200 orang jemaah sahaja semasa Solat Jumaat.

Sejak diperkenankan pengwujudannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong pada 24 September 2013, Solat Jumaat untuk Kariah Seri Bayu telah dijalankan di Surau Al-Muhsinin. Namun, surau ini hanya mampu memuatkan sekitar 200 jemaah sahaja pada satu-satu masa.

"Setiap kali Solat Jumaat, ada ahli kariah yang terpaksa menunaikan Solat Jumaat di kariah berhampiran akibat ruang solat yang tidak mencukupi. Antara kesulitan lain yang dihadapi ialah keadaan trafik dan lalulintas yang terlalu sesak semasa Solat Jumaat akibat dari jalan utama yang sempit dan kekurangan ruang parkir."

Daripada Anas R.A, beliau berkata; Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga"

Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6717

Kos keseluruhan pembinaan Masjid Al-Muhsinin berjumlah RM 8,400,000.00. Jumlah terkumpul hanya mencecah 11.8% dari kos keseluruhan.

Bayangkan…hasil sumbangan yang kita salurkan hari ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada lebih 2,000 umat Islam pada masa akan datang. Bantu kami mencapai matlamat ini bersama.

CIRI-CIRI MASJID al-muhsinin seri bayu

Masjid Al-Muhsinin sebagai hub komuniti dan aktiviti sosial untuk penduduk Muslim Kariah Taman Seri Bayu.

Masjid yang akan dibina di atas tanah wakaf berkeluasan 25,833 kaki per segi ini akan mempunyai ciri-ciri kemudahan seperti berikut:

CIRI-CIRI MASJID al-muhsinin seri bayu

2,000 muslimin dan muslimat Kariah Taman Seri Bayu dapat beribadah dengan lebih selesa...kerana anda.

Apabila siap kelak, Masjid Al-Muhsinin Seri Bayu akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada lebih 2,000 muslimin dan muslimat di sekitar Taman Seri Bayu, Taman Seri Bayu 2, Bukit Bayu dan sebahagian penduduk Ambangan Heights.

Inilah muslimin dan muslimat yang amat bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan anda

Muslimin dan muslimat di Kariah Taman Seri Bayu menanti dengan sabar untuk melihat sebuah masjid dan Pusat Komuniti Muslim dibangunkan di kariah mereka. Ayuh bersama-sama kita realisasikan impian ini bersama-sama, insya-Allah tiada yang mustahil.

Hubungi kami untuk pengesahan, maklumat lanjut, dan sumbangan korporat

Hubungi Ahli Jawatan Kuasa Tabung Pembangunan Masjid Seri Bayu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan terkini pembinaan masjid ataupun berhajat untuk membuat sumbangan korporat.

Scroll to Top